fbpx

Tarikh akhir nelayan daftar pakej SIMP 31 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri mengumumkan tarikh akhir pendaftaran pakej pelan pengurusan sosial impak (SIMP) bagi nelayan yang terlibat dalam projek Penang South Island (PSI), pada 31 Mac ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, ini kerana persediaan bayaran ex-gratia dan penyediaan bot serta kelengkapan memerlukan masa untuk disiapkan sedangkan kerja-kerja tambakan Pulau Silikon sudah dimulakan pada 1 September lalu.

Justeru, katanya, nelayan di unit terlibat yang belum mendaftar untuk tawaran skim SIMP dialu-alukan untuk berbuat demikian sebelum tarikh akhir pendaftaran.

“Nelayan yang ingin berdaftar boleh berurusan di salah satu Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) iaitu Sg. Batu, Permatang Tepi Laut atau Gertak Sanggul yang terdekat.

“Ini bagi membolehkan kerajaan negeri membuat perancangan untuk bayaran ex-gratia dan penyelarasan tempahan bot lengkap dengan enjin dan peralatan kepada nelayan terlibat,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow me­ngumumkan rancangan projek PSI dikurangkan daripada tiga kepada satu pulau. Kerja-kerja awal tambakan laut bermula tahun lalu selepas Pelan Pengurusan Alam Sekitar untuk projek Silicon Island memperoleh kelulusan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI