fbpx

Puteri Aishah ‘terliur’ dengan kek tapak kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Puteri Aishah bersyukur semua alahan yang dialami sebelum ini lenyap apabila kandungannya masuk trimester ketiga bahkan rasa semakin kuat dan aktif.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Aishah bersyukur semua alahan yang dialami sebelum ini lenyap apabila kandungannya masuk trimester ketiga bahkan rasa semakin kuat dan aktif.

Pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman, 30, itu berkata, keadaan diri yang agak lemah sebelum ini menyukarkannya membuat persiapan manyambut kelahiran zuriat sulung itu walaupun tarikhnya semakin hampir.

“Masuk trimester kedua, saya sudah semakin okey. Sebelum ini rasa tak mahu keluar rumah, malas makan dan asyik tidur sahaja tetapi tidak muntah.

“Saya bakal melahirkan pada pertengahan April tetapi belum buat persediaan lagi. Ini pengalaman pertama saya dan suami jadi ibu bapa, jadi kami tidak tahu apa nak beli.

“Kami masih buat tinjauan jenama yang bagus. Baru-baru ini saya ekspo bayi pun tak beli apa-apa, cuma tengok-tengok sahaja,” katanya kepada HibGlam semalam.

Dalam masa sama, bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu berkongsi pengalaman manis mengidam makan kek tapak kuda yang tular kebelakangan ini.

“Sepanjang mengandung saya akan terus beli makanan yang saya teringin makan. Cuma ada sekali saya tak dapat lunaskan keinginan dengan cepat iaitu kek tapak kuda.

Kek itu tular dalam TikTok. Susah pula nak dapat, itu yang lama baru dapat makan.

“Itu sahaja yang mengidam sebab tertunggu-tunggu bila kek akan sampai. Alhamdulillah, akhirnya dapat makan,” ujarnya.

Ditanya mengenai perasaan bakal menatap wajah putera sulungnya tidak lama lagi, Aishah mengakui ada terselit rasa bimbang mengenangkan proses kelahiran tetapi dalam masa sama teruja dan tidak sabar.

“Semestinya risau sebab saya takut fikirkan proses bersalin.

“Ketika trimester pertama dan kedua saya belum rasa ikatan dengan bayi.

“Masuk trimester ketiga rasa tendangan dan nampak muka dia semasa buat pengimbasan, baru rasa ikatan tersebut sehingga jadi tak sabar dan teruja mahu menatap wajahnya,” kata Aishah.

Pada Januari lalu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu mengumumkan khabar gembira dirinya sudah berbadan dua selepas hampir tiga tahun menanti.

Terdahulu, Aishah mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.

Majlis yang berlangsung di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur hanya membabitkan keluarga dan kenalan terdekat pasangan mempelai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

Selepas setahun mendirikan rumah tangga, Aishah kerap diajukan soalan cepumas perihal anak dan akur apabila masih belum ada rezeki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI