fbpx

Polis tunggu laporan analisis forensik, penyata BNM kes 10 pegawai, anggota polis ‘pau’ RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR menyampaikan Sijil Perhargaan kepada anggota polis yang menolak rasuah di dalam Majlis Perhimpunan Bulan Februari 2024 di Dataran Kawad IPK Johor, Johor Bahru hari ini.- Foto BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang menunggu laporan analisis forensik dan penyata dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi melengkapkan siasatan kes pemerasan 10 anggota dan pegawai polis membabitkan wang tunai RM35,000.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, siasatan kes melibatkan seorang pegawai kanan berpangkat inspektor dan sembilan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, awal bulan ini.

Katanya, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebaik sahaja kertas siasatan dilengkapkan.

“Siasatan kes diperingkat akhir sementara menunggu laporan analisis forensik dan penyata daripada BNM.

“Ulasan dan cadangan daripada hasil siasatan akan dikemukakan ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang, (D5) Bukit Aman terlebih dahulu sebelum diangkat ke Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Pada 5 Februari lalu, Polis Johor menerima laporan berkaitan kes dakwaan pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000 oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Seri Alam.

Seorang tukang cuci wanita berusia 41 tahun dikatakan membuat laporan mendakwa seorang anggota polis meminta wang RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah.

Pengadu dikatakan hadir ke IPD Seri Alam dan menyerahkan wang RM35,000 kepada anggota berkenaan, namun mendakwa adiknya masih tidak dibebaskan hingga kini.

Susulan itu, seorang pegawai serta sembilan anggota termasuk seorang wanita di IPD Seri Alam ditahan untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI