WELLINGTON – Sebanyak enam motosikal jenama Harley Davidson bersalut emas milik sebuah kumpulan motosikal dimusnahkan menjadi sekerap, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Motosikal berharga NZ$153948 (RM453,559) setiap satu itu dirampas polis New Zealand bersama beberapa aset lain bernilai NZ$2.7 juta (RM7.86 juta) dalam serbuan dinamakan Operasi Nova.
“Keenam-enam motosikal itu dimusnahkan pada Jumaat lalu dan jualan besi sekerapnya akan disalurkan kepada dana kerajaan sebagai amalan standard,” kata Pesuruhjaya Polis Andrew Coster. –
Turut dirampas ialah wang tunai NZ$426,949 (RM1.26 juta), empat kenderaan Range Rovers Sports, sebuah kereta Rolls-Royce Wraith, kereta Mercedes-Benz dan Audi, barangan berjenama lain serta sebuah hartanah di Auckland.
Kesemua aset itu dirampas daripada ahli kumpulan motosikal Comanchero yang terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah termasuk pengedaran dadah, pengubahan wang haram dan keganasan.
Semua motosikal itu dirampas pada April 2019 namun mahkamah hanya membenarkan polis memusnahkannya baru-baru ini. – AGENSI