fbpx

Penjawat awam jangan terus lalai,malas – Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mendengar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Undangan Negeri, Shah Alam, hari ini-Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan dalam urusan-urusan kerajaan dikurangkan segera.

Baginda bertitah, perlu ada ‘sense of urgency’ dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat diselesaikan dengan pantas dan sempurna.

Justeru, Sultan Sharafuddin menasihati agar penjawat awam melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Beta tidak mahu sikap lalai dan malas terus diamalkan oleh penjawat awam sehingga menyebabkan banyak projek-projek pembangunan tergendala atau berdepan masalah.

“Sebagai contoh, projek tebatan banjir dan juga projek baik pulih kemudahan rakyat yang masih gagal dilaksanakan dengan segera,” titah baginda ketika merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sultan Sharafuddin menzahirkan kebimbangan sekiranya sikap dan kebiasaan sebegini masih ada dalam pemikiran penjawat awam akan membuatkan rakyat Selangor yang akan terus menanggung akibatnya.

Sehubungan itu, baginda menegaskan akan terus memantau dan memerhati tindak-tanduk para penjawat awam dan kualiti perkhidmatan awam di Selangor selaras dengan moto ‘Pertahan dan Setia Kepada Agama Islam’ serta ‘Berkhidmat Kepada Rakyat dan Negara’.

Dalam perkembangan berlainan, Sultan Sharafuddin mengingatkan sekali lagi kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar dapat melaksanakan syor baginda supaya keanggotaan Ahli-Ahli Majlis terdiri daripada sekurang-kurangnya lima puluh peratus golongan professional dan tidak dimonopoli oleh ahli politik. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI