fbpx

 Operasi pembenihan awan hari ini, esok di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Operasi pembenihan awan dijadual dijalankan hari ini dan esok bagi mencetuskan hujan sebanyak mungkin di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K. Pathmananthan berkata, operasi itu diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Jabatan Perdana Menteri) dan dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

”Menurut pemberitahuan rasmi Badan Kawal Selia Bekalan Air Pulau Pinang (BKSA), pelaksanaan operasi pembenihan awan ini adalah tertakluk kepada keadaan atmosfera dan awan.

”Dalam tempoh 1 Februari hingga hari ini, PBAPP hanya merekodkan 45 millimeter (mm) hujan di KTA Empangan Air Itam, manakala KTA Empangan Teluk Bahang pula 71.5 mm,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pada tahun lalu, operasi pembenihan awan dijalankan berturut-turut pada Mei dan Jun menyumbang kepada 30.5 mm hujan di KTA Empangan Air Itam.

”Hujan ini membantu memastikan tiada krisis air di Air Itam pada 2023,” katanya.

Pada masa ini kapasiti efektif Empangan Air Itam adalah rendah, manakala kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang pula semakin berkurangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI