fbpx

Operasi padam kebakaran tanah gambut di Lawas diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dengan dibantu jengkaut melakukan pemadaman kebakaran melibatkan kira-kira 30 hektar tanah gambut dan belukar di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas.

LAWAS – Lebih 30 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dan BBP Limbang, dengan tujuh jenis logistik dikerahkan bagi pemadaman baki kira-kira 10 hektar lagi tanah gambut dan belukar yang terbakar di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi pemadaman yang memasuki hari kelapan hari ini turut dibantu anggota-anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan RELA.

“Pada hari ini, operasi pemadaman dipecahkan kepada empat kumpulan dengan pasukan pemadam pertama dan kedua menggunakan sumber air terbuka dari parit yang berdekatan.

“Manakala pasukan pemadam kedua menggunakan sumber air dari empangan yang dibekal oleh Prime Mover dan pasukan pemadam keempat menggunakan sumber air terbuka dari parit yang berdekatan,” katanya yang dihubungi hari ini.

Menurutnya, kejadian dilaporkan pada pukul 10.45 pagi, 20 Februari lalu dengan kawasan terjejas dianggarkan berkeluasan 30 hektar.

Beliau berkata sehingga semalam, pasukan bomba berjaya memadan seluas 20 hektar kebakaran.

“Dianggarkan baki kebakaran tinggal 10 hektar lagi dan bertompok. Operasi pemadaman turut dibantu menggunakan sebuah jengkaut bagi tindakan pemadaman dengan lebih berkesan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI