fbpx

MHL 2024: TNB tamat kemarau gelaran liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN-PEMAIN dan barisan kejurulatihan TNB meraikan kejayaan muncul juara liga musim ini selepas membelasah Antsbees 22-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menamatkan penantian selama 21 tahun apabila berjaya merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 selepas memenanginya buat kali pertama sejak 2003.

Pada aksi terakhir liga yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi, TNB langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap JM Antsbees apabila membelasah pasukan itu 22-1.

Lebih manis, ia merupakan trofi kedua TNB pada saingan musim ini selepas turut merangkul Piala Sumbangsih dengan menewaskan Pasukan Hoki Terengganu (THT) 3-1 menerusi penentuan shootout awal bulan ini.

Penyerang TNB, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal terus menambah koleksi golnya pada saingan musim ini apabila meledak enam gol pada perlawanan tersebut.

“TNB tidak bermula dengan baik pada saingan musim ini kerana ramai pemain baharu tetapi kita sudah banyak belajar. Selepas lama tidak menang (juara), ini satu pencapaian yang baik untuk TNB.

“Secara jujur, saya tidak letak sasaran gol pun hari ini, cuma saya mahu mereka (pemain) bermain seperti mana status mereka sebagai pemain kebangsaan,” kata jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Untuk rekod, ini adalah gelaran liga keenam buat TNB selepas turut melakukannya sebanyak lima kali sebelum ini pada 1990, 1991/92, 2000/01, 2002 dan 2003.

Sementara itu, gelaran naib juara menjadi milik THT selepas mereka dipaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 4-3 ke atas Maybank dalam satu lagi pertemuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI