fbpx

Malaysia minat jadi pemain utama pembinaan lebih 1,000 km paip dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyambut ketibaan Hun Manet di Bangunan Perdana Putra sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Kemboja selama sehari ke Malaysia hari ini. -Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Malaysia menyatakan minat untuk menjadi pemain utama dalam proses pembinaan lebih 1,000 kilometer paip dasar laut dalam usaha menghantar tenaga boleh diperbaharui dari Kemboja dan Laos ke Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan antara isu rentas sempadan yang disifatkan boleh diteroka oleh Malaysia.

“Pada masa sama, kedua-dua kerajaan juga bersetuju mempercepatkan proses pelaksanaan Suruhanjaya Bersama Untuk Kerjasama Dua Hala (JCBC).

“Ia akan melibatkan perbincangan seperti isu keselamatan makanan, kerjasama penyelidikan, pelanuran, industri halal, tenaga boleh diperbaharui selain kenderaan elektrik serta kecerdasan buatan,” katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Kemboja di Bangunan Perdana Putra di sini tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri Kemboja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini bagi mengadakan lawatan kerja rasmi selama sehari ke Malaysia selepas dilantik memegang jawatan itu pada Ogos tahun lalu.

Hun Manet seterusnya diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana sebelum mengadakan perbincangan empat mata bersama Anwar di Bangunan Perdana Putra selain menandatangani memorandum persefahaman berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI