fbpx

Lelaki jual air ketum tepi jalan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menahan seorang pemuda kerana menjual air ketum di Pattaya, kelmarin. - Gambar hiasan

BANGKOK – Polis menahan seorang penduduk wilayah Tak, Thailand kerana menjual air ketum yang dicampur dengan sirap ubat batuk di tepi jalan Pattaya-Rayong kelmarin, lapor laman berita The Pattaya News.

Penahanan itu dibuat berikutan arahan Perdana Menteri, Srettha Thavisin agar pihak berkuasa membanteras penjual yang menjual minuman haram itu dalam kalangan belia dan pelajar.

Polis mendapati lelaki dikenali sebagai Mor U, 38, menjual minuman tersebut di sebuah gerai. 

Seorang anggota polis yang menyamar sebagai orang awam membeli sebotol air ketum pada harga 100 baht (RM13.31) daripada lelaki tersebut, yang membawa kepada penahanannya.

Suspek mendakwa dia bekerja untuk seorang rakan dan menafikan memiliki perniagaan itu.

Dia menghadapi pertuduhan menjual air ketum yang dicampur dengan bahan lain secara haram dan akan didakwa di mahkamah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI