fbpx

Keadaan 4 sungai di Pasir Gudang membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AH SOON (empat dari kanan) bersama pihak JAS Negeri Johor serta cawangan Pasir Gudang dan wakil MBPG melakukan pemantauan di sungai tercemar di Pasir Gudang, Johor

JOHOR BAHRU – Empat sungai di kawasan perindustrian Pasir Gudang, di sini dikesan tercemar dan berada dalam tahap membimbangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mendapati sungai tersebut berada pada tahap tiga dan empat.

Ia membabitkan Sungai Tukang Batu, Sungai Perembi, Sungai Buluh dan Sungai Kim Kim.

‘Berdasarkan sampel air yang diambil, sungai-sungai itu tercemar tahap tiga dan empat, perkembangan ini amat membimbangkan.

“Kita akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa bagi memastikan insiden pencemaran Sungai Kim Kim sebelum ini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, Ah Soon bersama JAS Johor dan cawangan Pasir Gudang serta Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) mengadakan pemantauan di lokasi tersebut.

Katanya, antara punca menyebabkan sungai tercemar adalah disebabkan aktiviti industri, kumbahan, dan sikap membuang sampah oleh sesetengah masyarakat,

“Kami berharap pengilang, pengusaha mematuhi peraturan selain pelbagai agensi bersama menjajah kelestarian dan kebersihan sungai,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI