fbpx

Kanak-kanak perempuan maut nahas empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan yang terlibat kemalangan mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun di Kilometer 54, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, Gerik hari ini.

GERIK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 55, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul pukul 3.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Zara Khayla Khairil Azrul yang berasal dari Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Sienta dinaiki mangsa dengan tiga kenderaan lain iaitu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, lori tanpa muatan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier.

Katanya, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 41 tahun yang datang dari arah Gerik menghala ke Lenggong hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Toyota Hilux itu kemudian melanggar tiga kenderaan lain yang berada di laluan sah.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI