ROMPIN – Dua ditemui maut dalam sebuah kereta yang berkunci di kawasan sebuah stesen minyak Petronas di Jalan Segamat-Kuantan, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, seorang lelaki dan seorang perempuan dewasa ditemui tidak sedarkan diri.
“Pasukan bomba membuat operasi membuka pintu kereta menggunakan peralatan menyelamat dan apabila pintu berjaya dibuka, didapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia,” katanya, di sini hari ini.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE