WASHINGTON – Sebuah rakaman video memaparkan detik cemas dialami dua pemain golf yang menaiki kenderaan ‘buggy’ sambil dikejar oleh seekor aligator, lapor laman berita Daily Star semalam.
Reptilia itu menyebabkan mereka hampir terlibat dalam kemalangan.
Kejadian yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat itu menyaksikan haiwan tersebut merangkak dengan pantas dari arah padang dan cuba mendekati ‘buggy’ tersebut.
Aligator itu kemudian menghalang ‘buggy’ tersebut, menyebabkan ia terbabas dari jalan dan hampir terpelanting ke dalam kolam berhampiran.
Klip video kejadian itu telah dimuat naik ke platform X, di mana ia telah mendapat lebih 2.9 juta tontonan.
“Dinosaur (aligator) akan datang kepada kita,” kata seorang pengguna secara bergurau.
“Aligator itu bukan mahu mengejar manusia, sebaliknya ia menuju ke arah sungai sebelum ‘buggy’ tersebut bergerak ke arahnya dan menakutkannya,” kata pengguna lain. – AGENSI