fbpx

Dewan Rakyat: Sebanyak 861 berita palsu dikesan sejak 1 Disember 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JPM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 861 berita tidak ditentukan kesahihannya yang menyentuh institusi diraja, agama dan perkauman (3R) termasuk melibatkan Perdana Menteri serta anggota pentadbiran kerajaan dikenal pasti oleh Task Force Menangani Berita Palsu dari 1 Disember 2022 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 91 kertas siasatan telah dibuka iaitu 60 daripadanya telah selesai. manakala 31 masih dalam siasatan di peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Penubuhan Task Force Menangani Berita Palsu pada 1 Disember 2022 yang dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi antaranya PDRM, AGC dan SKMM memainkan peranan penting bagi memantau, menyiasat dan menguatkuasakan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu yang mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik, ekonomi, sosial, agama, budaya, keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia anak Brodi (GPS-Sri Aman) mengenai usaha kerajaan untuk memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial yang semakin meningkat.

Terdahulu, katanya, Kementerian Komunikasi melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa komited dalam memerangi penyebaran maklumat dan kandungan palsu di media sosial bagi menjamin keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.

Kata beliau, antara usaha yang diambil adalah melalui perundangan sedia ada seperti Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang diguna pakai untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu.

Tambah beliau, dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 15 Februari 2024, sebanyak 6,168 kandungan yang tidak ditentusahkan telah diturunkan hasil kerjasama SKMM dengan penyedia platform media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI