fbpx

Cuaca panas, gelombang haba di Pokok Sena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap dua (gelombang haba) bagi kawasan Pokok Sena, Kedah.

Menurut MetMalaysia, tahap gelombang haba dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Katanya, terdapat 14 kawasan lain di semenanjung berada pada tahap satu (berjaga-jaga) melibatkan Perlis serta Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang di Kedah.

“Selain itu, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat daya Pulau Pinang serta Kuala Kangsar, Perak dan Sepang, Selangor termasuk Beaufort, Sabah,” kata kenyataan itu sebentar tadi.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk laman web dan sosial media MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI