fbpx

Chelsea cipta rekod buruk di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Chelsea terpaksa akur gagal menjulang trofi selepas tewas kepada Liverpool pada final malam kelmarin. – AFP

LONDON – Chelsea terpaksa menelan hakikat perit apabila menjadi pasukan pertama dalam sejarah bola sepak England tewas enam perlawanan akhir peringkat domestik berturut-turut susulan kekalahan 0-1 kepada Liverpool pada final Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium Wembley malam kelmarin.

Lebih malang, ia adalah kali ketiga berturut-turut The Blues tewas kepada Liverpool di perlawanan akhir selepas dua pertemuan terdahulu kecewa menerusi penentuan sepakan penalti pada final EFL dan Piala FA 2022.

Biarpun berbangga dengan pencapaian pasukannya, namun pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui, kegagalan mereka memanfaatkan deretan peluang menjadi punca utama kekalahan kepada lawan yang menurunkan barisan muda.

“Pemain perlu merasai keperitan ini kerana mereka bermain secara kompetitif. Saya sendiri tidak dapat menerima hakikat kami melepaskan gol itu (jari­ngan kemenangan Liverpool).

“Kami mencipta empat, lima, enam peluang keemasan, tetapi tidak menghasilkan jaringan. Anda akan mendapat kelebihan yang besar jika anda dapat menjaringkan gol terlebih dahulu dalam perlawanan akhir.

“Kami bolos di penghujung perlawanan, sekali gus menyukarkan kami untuk bangkit mencari sesuatu dalam tempoh yang ada,” kata Pochettino.

Chelsea membuka tirai ja­ringan menerusi Raheem Sterling sebelum dibatalkan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesan Nicolas Jackson berada dalam kedudukan ofsaid.

Liverpool juga mengalami nasib sama apabila jaringan Virgil Van Dijk dibatalkan disebabkan Wataru Endo berada dalam kedudukan ofsaid.

Bagaimanapun, Van Dijk memastikan kemenangan milik The Reds selepas menanduk masuk sepakan penjuru pada penghujung tambahan masa.

Kekalahan itu turut mera­napkan impian Pochettino untuk merangkul trofi pertama di England selepas gagal melakukannya ketika mengendalikan Sout­hampton sebelum bersama Tottenham Hotspur dari Mei 2014 hingga November 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI