fbpx

Bancuh susu bayi guna syabu, suami isteri didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri yang ditahan ekoran insiden tersilap membancuh susu bayi menggunakan cecair syabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pasangan warga tempatan berumur 34 dan 40 tahun itu akan dituduh di mahkamah pada pukul 9 pagi.

“Kedua-dua suspek akan didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang bayi lelaki dikejarkan ke hospital selepas ibunya tersilap membancuh susu menggunakan cecair syabu dalam kejadian di Taman Medan, di sini pada 19 Februari lalu.

Bayi berusia satu tahun empat bulan itu dikatakan tidak berhenti menangis, terlalu aktif serta sukar dikawal selepas dikatakan minum susu dibancuh ibunya.

Difahamkan cecair syabu berkenaan milik bapa bayi lelaki itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI