fbpx

[VIDEO] Putus dengan Amelia? Ini jawapan Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Sharnaaz Ahmad enggan memberi sebarang komen berhubung desas-desus mengatakan dia sudah putus cinta dengan pelakon Amelia Christie. - SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad enggan mengulas mengenai dakwaan sudah putus cinta dengan pelakon Amelia Cheistie selepas dikatakan saling tidak mengikuti akaun masing-masing dalam Instagram.

Menurut Sharnaaz, 38, fokus utamanya ketika ini adalah untuk diri sendiri dan anak lelakinya, Jebat Jayden.

“Iya ke? Saya pun tak perasan tentang itu (unfollow). Saya tak mahu komen apa-apa.

“Fokus saya sekarang ini adalah untuk diri sendiri dan anak saya. Amelia pun masih rapat dengan Jebat.

“Sebab itu saya tak mahu bercerita sangat tentang hubungan cinta sebab risau ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan serabut begini,” katanya.

Tegas Sharnaaz, dia juga tidak pernah mengiyakan atau menafikan mengenai hubungannya dengan Amelia sebelum ini.

“Bagi saya, Amelia perempuan yang baik.

“Hendak kata ada hubungan ke apa, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Tidak bolehlah nak kata sudah putus, pening juga,” katanya lagi.

Pada masa sama, bintang filem Polis Evo 3 tidak menolak sekiranya dipertemukan dengan mana-mana wanita dan kembali mendirikan rumah tangga.

“Biarlah dulu (jodoh). Sebelum ini saya sudah berkahwin sekali dan ada ke jodoh kedua selepas ini?

“Kalau ada rezeki saya terima, jika tiada pun, okey sahaja. Saya pun sudah ada anak dan fokus sekarang hanya mencari duit dan keluarga.

“Ditambah pula, Jebat pun akan mulakan sesi persekolahan,” ujarnya.

Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas dilihat kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.

Spekulasi tersebut semakin kuat apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.

Selain bercuti, Amelia juga dilihat beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini sekali gus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.

Namun, hasil tinjauan Kosmo! Online, kedua-duanya sudah saling tidak mengikuti akaun media sosial masing-masing hari ini.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI