fbpx

‘Tingkat kecekapan, jangan banyak red tape’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15. - Foto JPM

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menggesa kerajaan untuk mempertingkatkan kecekapan dan prinsip kerja berintegriti supaya pembangunan ekonomi dapat dicapai dengan jayanya.

Sultan Ibrahim turut menegaskan bahawa baginda tidak suka dengan sistem yang mempunyai banyak ‘red tape’.

“Saya tidak suka dengan sistem yang banyak ‘red tape’. Oleh itu, kecekapan proses kerja dan tadbir urus mestilah sentiasa dinilai dan ditingkatkan.

“Saya sangat berharap semua agensi penguatkuasaan dapat menjalankan siasatan dengan lebih cekap dan cepat supaya sesuatu kes itu dapat diselesaikan dengan segera,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut menyatakan pendirian Malaysia dalam mendukung keamanan dan menentang keganasan harus disuarakan dengan lebih tegas di peringkat antarabangsa.

“Namun pada masa yang sama, peranan aktif Malaysia baik di peringkat ASEAN mahupun peringkat dunia perlu terus dimainkan bagi memupuk semangat perpaduan dan memacu kemajuan mengambil kira cabaran geopolitik dan perkembangan serantau.

“Malaysia perlu menyuarakan ketegasan pendirian berhubung isu Palestin dengan menggesa supaya gencatan senjata segera diaktifkan dan akses bantuan kemanusiaan dipercepatkan kepada penduduk Gaza di Palestin,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI