fbpx

Taylor Swift, Travis Kelce berpura-pura bahagia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Taylor Swift dan Travis Kelce dikatakan tidak akan bertahan lama.

TIMBUL dakwaan mengatakan bahawa hubungan asmara antara penyanyi Taylor Swift dan kekasihnya, Travis Kelce hanyalah sandiwara.

Semuanya berpunca apabila tular video berdurasi selama 14 saat yang menunjukkan Kelce tiba-tiba berubah kelakuan menjadi seorang lelaki romantik selepas menyedari aksinya bersama kekasihnya di sebuah kelab malam dirakam kamera paparazzi.

Dalam video tersebut, kelihatan Kelce sedang melompat-lompat menari dan tidak menghiraukan Swift yang turut berada di sampingnya.

Bagaimanapun, selepas menyedari aksinya dirakam, dia segera mendekati wanita itu dan memeluknya.

Aksi tersebut kemudian menimbulkan dakwaan bahawa selama ini, pasangan itu hanya berpura-pura bahagia dan mencintai antara satu sama lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI