fbpx

Tapak pelupusan sampah di Pasir Mas terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tapak pelupusan sampah yang dikendalikan MDPM di Lubok Jong, Pasir Mas yang terbakar malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR MAS – Tapak pelupusan sampah yang dikendalikan oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) di Lubok Jong, di sini terbakar malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam itu melibatkan kawasan seluas 0.2 hektar.

Komander Operasi Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Adnan Mohd. Juri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.44 malam sebelum 12 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati kawasan tapak pelupusan itu sedang terbakar.

“Bagaimanapun, pihak MDPM sudah membuat parit lebih awal untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak. Kerja-kerja memadam kebakaran ketika ini sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adnan memberitahu, pihak bomba sudah memohon bantuan unit dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan untuk menjalankan pemantauan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI