fbpx

Tahun ini saya belum bergaduh dengan suami – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Fasha Sandha bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat tenang dalam menyelesaikan segala masalah rumah tangga. - MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

BANGI – Pelakon jelita Fasha Sandha mengakui bahawa pergaduhan atau perbalahan dengan pasangan dalam rumah tangga itu adalah perkara normal dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, perkahwinannya dengan suami, Aidil Aziz, 37, ada pasang surutnya namun teman hidupnya itu seorang yang sangat senang dibawa berbincang.

“Tidak ingat bila kali terakhir kami gaduh, rasanya tahun ini belum gaduh lagi.

“Nak kata hubungan sempurna tidak juga. Setiap pasangan ada masam manis tetapi saya boleh katakan Aidil seorang yang sangat tenang.

“Tak logik pula kalau tidak gaduh, tetapi memang saya tidak ingat kerana setiap kali ada isu kami akan bincang bersama-sama,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran butik Alfaro, semalam.

Menurut Fasha lagi, biarpun perhubungan rumah tangganya belum begitu sempurna tetapi dia sering mendoakan perkahwinan mereka kekal selama-lamanya.

“Nak kata saya atau dia (suami) sempurna pun tidak boleh kerana pada saya perkahwinan adalah pinjaman malah kita tidak tahu akan kekal berapa lama.

“Saya selalu doakan pinjaman ini berkekalan hingga akhir hayat. Dalam satu hubungan tidak boleh janjikan apa-apa dan sentiasa bersifat positif,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia tetap mendahulukan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu supaya semuanya terjaga walau sesibuk mana tugas di luar.

“Paling penting sekali suami isteri tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas.

“Pastikan makan pakai semua tersedia walaupun sejak akhir-akhir ini, saya lebih sibuk. Saya tidak akan lupakan apa isteri (patut) lakukan.

“Saya juga akan pastikan ada ‘mood’ untuk suami dan anak-anak. Bukan nak kata sempurna atau wanita solehah tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu baik,” jelasnya lagi.

Berkongsi kerjasamanya dengan Alfaro, dia bersyukur masih diberi kepercayaan menjadi duta selama dua tahun bersama jenama pakaian Alfaro sehingga dikenali ramai.

“Alhamdulillah, hari ni pembukaan butik Alfaro yang ke-10 dan mendapat sambutan hangat. Rezeki Alfaro kerana sudah semakin berkembang pada tahun ini.

“Mungkin adanya saya sebagai duta menyebabkan Alfaro semakin dikenali walaupun sebelum ini tidak begitu besar.

“Sebenarnya baju-baju Alfaro rekaannya memang sangat cantik dan berkualiti. Harga pula mampu milik. Itu yang saya mahu sampaikan kepada pelanggan-pelanggan.

Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI