fbpx

Sultan Ibrahim zahir penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini. Foto Instagram Official Sultan Ibrahim

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menaungi negara selama lima tahun sebelum ini.

Seri Paduka Baginda bertitah, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun dengan adil dan bijaksana.

“Insya-Allah dengan limpah kurnia-Nya saya akan memikul amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas dan meneruskan pemerintahan yang mengutamakan kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri dan barisan anggota kerajaan yang telah mentadbir negara dengan sempurna, pesanan saya sentiasa rasai denyut dan nadi rakyat kerana menjadi kewajipan kerajaan untuk membela nasib rakyat,” titah baginda pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI