fbpx

Sultan Ibrahim kecewa defisit fiskal negara tidak berubah sejak 1998

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15. - Foto JPM

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kecewa terhadap defisit fiskal negara yang tidak berubah sejak tahun 1998.

Baginda bertitah, dengan keadaan kewangan Kerajaan yang lemah ini, adalah sukar untuk Kerajaan melaksanakan projek pembangunan baharu atau memberikan suntikan kewangan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Oleh itu saya menyokong hasrat Kerajaan untuk mengambil langkah penjimatan yang drastik dan melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar.

“Dalam pada itu, dasar-dasar baharu perlu terus diperkenalkan untuk melengkapi dasar-dasar nasional yang lain seiring dengan pendekatan negara yang lebih menyeluruh,” titah baginda pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini.

Titah baginda, antaranya pengenalan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang merupakan inisiatif pembaharuan fiskal bagi meningkatkan tatakelola, kebertanggungjawaban dan ketelusan dan pengurusan kewangan awam.

“Saya juga sendiri akan melihat perbelanjaan Kerajaan dengan lebih teliti dan memastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang betul-betul diperlukan.

“Saya berharap semasa pemerintahan saya ini, Kerajaan akan berjaya memperoleh lebihan fiskal setiap tahun,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI