fbpx

Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah hanya berseloroh tiada pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu masih menjadi tumpuan pelancong semasa musim cuti persekolahan. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa Pasar Besar Siti Khadijah di sini tiada pengunjung selepas tular video keadaan suram di pasar tersebut di media sosial baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, beliau sudah bertemu peniaga dan pengunjung di pasar berkenaan untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan.

Menurutnya, terdapat percanggahan maklumat apabila peniaga-peniaga kuih di pasar itu turut menafikan perkara itu sekali gus mengakui hanya berseloroh dengan mengatakan pelancong lebih memilih untuk melancong ke Hatyai, Thailand.

“Sebahagian besar pengunjung mengatakan mereka sukar ke Pasar Besar Siti Khadijah kerana jalan sesak. Itu membuktikan ramai pengunjung ke pasar berkenaan untuk mendapatkan barangan keperluan.

“Terdapat beberapa hantaran di Facebook termasuk daripada orang dalam di pasar itu yang menafikan khabar angin ikon pelancongan di tengah-tengah Kota Bharu itu tiada pengunjung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2024 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI