fbpx

Lebih baik bersedekah daripada sambut hari lahir di kubur – Dr. Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zulkifli.

PETALING JAYA – Orang ramai digalakkan untuk menukar perbuatan menyambut hari jadi di kubur kepada bersedekah sama ada dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim atau memberi makan kepada fakir miskin.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, manfaat amalan tersebut jauh lebih besar buat si mati di samping turut memohon keampunan buatnya.

Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan ibu bapa berkenaan hukum mengadakan sambutan hari lahir anak yang sudah meninggal dunia di kubur dengan membawa kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi.

“Tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.

“Kami telah bahaskan berkenaan pahala yang sampai kepada si mati, walaupun dia sudah berada di alam barzakh.

“Mudah-mudahan tindakan yang kita lakukan ini dipandu oleh syarak dan seterusnya kita menjadi orang yang benar-benar mengikuti ajaran Islam,” ulasnya.

Dr Zulkifli berkata, menziarahi kubur tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat dan bukannya berkenaan kehidupan mahupun kelahiran.

“Terdapat pelbagai cara yang diajar Rasullah SAW untuk berinteraksi dengan alam barzakh atau mereka yang ada dalam alam kubur.

“Antara perkara itu ialah mendoakan si mati serta bersedekah dengan bacaan ayat al-Quran seperti diharuskan oleh sebahagian ulama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI