fbpx

Klinik dicemari gas ammonia, peti sejuk simpanan ubat, vaksin bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba menjalankan kerja pembersihan di Klinik Desa Tagasan, Semporna ekoran tercemas gas ammonia disebabkan kebocoran peti sejuk penyimpanan ubat dan vaksin. -Foto: Ihsan Bomba-

SEMPORNA – Petugas Klinik Desa Tagasan di sini berdepan detik cemas ekoran berlakunya kejadian kebocoran gas ammonia di klinik berkenaan semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.04 malam.

“Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati berlaku kebocoran gas ammonia di klinik tersebut yang berpunca daripada peti sejuk simpanan ubat dan vaksin.

“Kes dikendalikan oleh pakar Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Mohammad Hannis Moktar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan Hazmat kemudian bertindak mengeluarkan peti sejuk tersebut dari bilik simpanan untuk pengudaraan.

“Setakat ini, semua petugas klinik selamat. Anggota menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pukul 11.19 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI