fbpx

Kalau boleh saya tak nak mereka bercerai – Norlia Ghani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon veteran Norlia Ghani mengharapkan solusi terbaik buat anak dan menantunya.

PUTRAJAYA – Pelakon veteran Norlia Ghani berharap kemelut yang melanda rumah tangga anaknya, aktor Rusdi Ramli dan komposer, Sharon Paul dapat diselamatkan.

Menurut Norlia, pengalaman sebagai ibu tunggal menyebabkan dia meminta anak dan menantunya itu berfikir panjang sebelum mengambil sebarang keputusan berhubung masa depan perkahwinan mereka.

“Kalau boleh tidak mahulah mereka berpisah. Rusdi sudah pernah melalui (perceraian) dan ini adalah perkahwinan keduanya. Mama (Norlia) tidak mahu nanti anak-anak bertabur tidak tentu hala.

“Sekarang pendapatan semua orang bermasalah bukan mereka sahaja, orang lain pun tengah teruk juga. Kalau boleh cubalah selamatkan perkahwinan, kalau tidak terimalah jodoh sudah habis,” kata Norlia yang ditemui pada Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA2023).

Saat ditebak apakah status terkini perkahwinan anaknya, Norlia bagaimanapun tidak berani untuk memberi sebarang kenyataan dan meminta pihak media menunggu kenyataan daripada Rusdi sendiri.

“Mama seorang ibu yang memberi kebebasan kepada anak-anak bagaimana mereka mahu mencorakkan rumah tangga.

“Jadi, Mama tidak akan tanya apa yang berlaku dan apa keputusannya? Buat masa ini mahu mengiyakan atau menidakkan (perceraian), Mama tidak berani nak cakap.

“Jika Rusdi sudah bersedia untuk bercerita tidak apa. Tetapi buat masa sekarang memang dia tidak cerita tentang masalah rumah tangganya kepada Mama,” kongsi Norlia lagi.

Terdahulu, Sharon, 47, mendedahkan rumah tangganya dengan Rusdi, 54, sudah retak menanti belah sejak beberapa tahun lalu dan percaya perceraian adalah jalan terbaik.

Pasangan itu telah berkahwin pada 2008 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Reo Ridza, 14, dan Ryan Ridza, 11.

Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza, 34. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI