fbpx

Kahwin dengan lelaki biasa pun saya okey – Sherry Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Sherry Ibrahim masih setia menanti jodoh pada usia mencecah garis 40 tahun.

KUALA LUMPUR – “Jika saya tiada jodoh di sini (dunia), mungkin jodoh saya di syurga nanti.”

Demikian antara doa yang dipanjatkan pelakon Sherry Ibrahim sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci pada penghujung tahun lalu.

Sherry atau nama lengkapnya Syarizad Ibrahim berkata, setiap kali menziarahi tempat-tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa, dia tidak akan terlepas meminta daripada Allah untuk dipertemukan jodoh suatu hari nanti.

“Bukan tak nak kahwin, tetapi tidak berkahwin juga bukan satu dosa kerana Allah SWT mahu jadikan kita yang terbaik.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menunaikan umrah pada hujung tahun lalu. Saya tidak nafikan, setiap tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa di Mekah dan Madinah, saya akan selitkan juga soal jodoh.

“Apa-apa pun, saya berserah pada Allah,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Ujar pelakon berusia 41 tahun itu lagi, meskipun jodohnya lambat tiba, perkara itu tidak menjadi sebab untuk dia berasa sedih kerana percaya, semuanya telah diatur Tuhan.

“Mungkin ada hikmah saya belum bertemu jodoh sehingga hari ini. Saya kena perbaiki diri sendiri dahulu dan jaga ibu bapa. Kita kena tengok juga daripada sudut positif.

“Kalau orang bertanya (tentang jodoh), memang saya terasa juga. Sebab siapa yang tidak mahu berkahwin?

“Percintaan saya sebelum ini semuanya tidak menjadi, belum sampai waktu. Nak buat macam mana?” katanya lagi.

Sherry yang ditemui pada majlis Anugerah Telenovela, baru-baru ini tetap bersyukur apabila dikelilingi dengan keluarga dan rakan-rakan yang amat menyayangi dirinya.

“Saya sudah mencecah usia 41 tahun, sudah biasa hidup begini (solo).

“Saya ada keluarga dan rakan-rakan yang sayang dan menyokong saya. Peminat saya juga sentiasa ada,” ujarnya.

Pada masa sama, dia juga menolak dirinya dikatakan cerewet dalam memilih pasangan.

“Ciri-ciri yang penting adalah Islam. Kalau ada yang masuk meminang, keluarga bersetuju dan saya pun rasa okey, saya terima.

“Saya sudah doa semua itu. Saya mahu mencari orang yang betul-betul ada bersama saya ketika susah dan senang.

“Wanita yang sudah mencecah usia 40-an perlukan lelaki sebegitu. Saya tidak minta lebih, cukup jika dia boleh menjaga saya. Nak nikah nanti bawa cincin sahaja. Saya pun pernah ‘date’ dengan orang biasa-biasa sahaja,” katanya.

Sekitar 2021, Sherry pernah dikaitkan dengan pelakon, Ryzal Jaafar apabila dia diberikan hadiah berupa jambangan bunga lili oleh pelakon tersebut ketika ulang tahun kelahirannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI