fbpx

Insomnia teruk, Kristen Stewart pengsan dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRISTEN Stewart dikatakan mengalami dehidrasi dan tidak cukup rehat.

PELAKON Kristen Stewart terpaksa dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas ditemui pengsan di bilik mandi oleh tunangnya, Dylan Meyer.

Ketika menerima rawatan, doktor memberitahu bahawa pelakon filem Twilight itu mengalami dehidrasi, selain tidak cukup rehat.

Kata pelakon berusia 33 tahun itu, dia mengalami masalah tidur atau insomnia sejak sekian lama sehingga mengganggu kesihatan tubuh badannya. Bahkan, Stewart juga sudah lama tidak mengambil minuman berkafein.

“Ketika di rumah, saya akan menutup langsir supaya suasana menjadi gelap dengan harapan saya boleh tidur pada waktu siang, namun tidak berjaya,” katanya.

Gara-gara tidak cukup rehat, Stewart juga kerap mengalami muntah-muntah sehingga menyebabkan badannya kekurangan air dan zat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI