fbpx

EPL: Guardiola anggap pemain ‘Superman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHIL Foden meledak gol tunggal perlawanan ketika City menewaskan Bournemouth pada aksi awal pagi semalam. - AFP

BOURNEMOUTH – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola melabelkan pemain-pemainnya sebagai ‘superman’ selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality awal pagi semalam.

Gol kemenangan menerusi Phil Foden pada minit ke-24 memastikan City meraih tiga mata penting, sekali gus terus memberi tekanan terhadap Liverpool dalam perebutan takhta liga musim ini.

Guardiola berkata, The Citizens berdepan musim cukup sukar dengan jadual padat selain harapan besar yang diletakkan ke atas mereka selepas meraih gelaran trebel pada saingan musim lalu.

“Mereka adalah ‘superman’ kerana mampu berdepan tekanan cukup tinggi. Pemain-pemain saya mengharungi jadual yang sangat padat apabila perlu bermain setiap tiga hari, berbeza dengan Bournemouth.

“Pasukan-pasukan seperti Bournemouth mendapat rehat tujuh hari setiap minggu dan sentiasa memasang impian untuk menewaskan pasukan terbaik dunia seperti Manchester City,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak pasti sama ada City mampu berdepan tekanan dalam setiap pertandingan disertai, namun berharap pemain-pemainnya boleh mengekalkan fokus bagi menampilkan aksi terbaik.

“Ada banyak pertandingan musim ini dan kami masih berada dalam saingan. Saya tidak boleh katakan kami mampu untuk menang kesemuanya tetapi selagi ada peluang, kami akan cuba menjadi juara,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI