fbpx

Bayi 16 bulan minum ‘susu syabu’ sudah pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Bayi lelaki berusia setahun empat bulan yang didakwa meminum susu yang dicampur cecair syabu sudah dibenarkan keluar Hospital Kajang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mangsa disahkan sudah pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Mangsa kini dalam jagaan neneknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang bayi lelaki dikejarkan ke hospital selepas ibunya tersilap membancuh susu yang dicampur dengan cecair syabu dalam kejadian di Taman Medan, di sini, 19 Februari lalu.

Difahamkan bayi tersebut tidak berhenti menangis dan sukar dikawal ketika dijaga neneknya yang berusia 55 tahun di Seri Kembangan pada hari kejadian.

Ibu mangsa yang berusia 34 tahun mengaku tersilap membancuh susu menggunakan cecair syabu milik suaminya yang berusia 40 tahun.

Polis kemudian menahan pasangan suami isteri tersebut pada keesokan harinya. Ujian air kencing mendapati pasangan itu positif dadah.

Mengulas lanjut beliau berkata, tempoh reman kedua-dua suspek mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 itu akan tamat esok.

“Kertas siasatan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. Sebarang perkembangan terbaharu akan dikongsikan dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI