fbpx

Bandar atas laut dijangka tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara menunjukkan bandar terapung Neft Dashlari pada Jun, 1997 di Laut Caspian. - 1997 Reza

BAKU, Azerbaijan – Sebuah bandar yang terletak di permukaan  laut diramalkan tenggelam dalam masa beberapa tahun lagi, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Bandar Neft Dashlari atau juga dikenali sebagai Oil Rocks itu terletak sekitar 40 kilometer dari pantai Azerbaijan. Ia dibina semasa era pemerintahan Kesatuan Soviet pada 1949. 

Bandar itu pernah menerima gelaran platform minyak luar pesisir  pertama di dunia dan menempa nama dalam buku Guinness World Records.

Saiz bandar itu dilaporkan berukuran 27 kilometer panjang dengan salah satu pelantarnya dibina di atas kapal-kapal karam.  

Terdapat 2,000 platform penggerudian semasa zaman kemuncak Oil Rocks.

Daripada 300 kilometer jalan raya yang pernah dibina di bandar itu, hanya 45 kilometer yang masih boleh digunakan. 

Kejadian banjir yang kerap sejak sedekad lalu menyebabkan beberapa blok pangsapuri di bandar itu ditenggelami air sehingga mencecah paras tingkat dua.

Sehingga hari ini, kira-kira 2,000 orang masih tinggal dan bekerja di bandar itu. 

Deposit minyak mentah yang masih tersimpan di Oil Rocks dijangka bertahan untuk tempoh  10 tahun lagi. Ini bermakna bandar Oil Rocks  tidak lagi diperlukan selepas itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI