fbpx

Agong beri ‘lampu hijau’ ambil tindakan kepada Ahli Dewan melampaui batas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melampaui batas.

Baginda turut memberi kebenaran untuk mengenakan sekatan kepada Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara yang masih degil daripada menyertai persidangan selama 14 hari.

Baginda bertitah, Ahli-ahli Dewan diharap akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di Dewan yang mulia dengan mematuhi peraturan sepanjang tempoh persidangan.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa Parlimen ini adalah tempat para penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan
dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan adalah para penggubalnya.

“Oleh itu, adalah tidak masuk akal jika penggubal undang-undang itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat,” titah baginda pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI