fbpx

5 negara jayakan Golf Media Antarabangsa 2024 Forest City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain dari media tempatan dan antarabangsa bergambar sebelum melakulan 'tee off' di lapangan Legacy, Forest City Golf Resort, Gelang Patah, Johor, baru-baru ini.

GELANG PATAH – Kira-kira 100 pemain terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa menyertai Kejohanan Golf Media Antarabangsa 2024 dianjurkan Forest City Golf Resort, baru-baru ini.

Meskipun cuaca panas dan kering, namun ia tidak menghalang pemain yang melibatkan ketua jabatan, editor, wartawan dan jurufoto dari Malaysia, Singapura, China, Indonesia dan Korea Selatan untuk menamatkan kejohanan.

Acara julung kali itu secara tidak langsung menjenamakan Forest City Golf Resort sebagai sebuah resort yang tersohor di Malaysia, sekali gus mampu menarik minat pemain dari luar negara untuk beraksi di sini.

Timbalan Presiden Forest City, Ir. Syarul Izam berkata, objektif utama kejohanan itu adalah untuk mengukuhkan sokongan dan hubungan dalam kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, ia pada mulanya dirancang sebagai acara tahunan Forest City memandangkan kami mempunyai padang golf bertaraf antarabangsa tetapi ia terhenti apabila wabak Covid-19 berlaku.

“Bagaimanapun, hari ini adalah masa terbaik untuk menganjurkan kejohanan ini, sekali gus menghimpunkan para pengamal media tempatan dan antarabangsa di satu pentas golf di Forest City.

“Kami berbesar hati dan menghargai usaha dan kesudian semua pihak media meluangkan masa untuk menyertai kejohanan ini,” katanya dalam majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Pemain dari Media Prima, Mahathir Mohd. Sidi muncul juara kategori gross dan Toha Dol dari Malaysia Golf dinobatkan juara kategori nett. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI