fbpx

Wanita rugi RM181,650 lepas berurusan dengan Datuk Yong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Seorang wanita berusia 55 tahun kerugian RM181,650 setelah diperdaya sindiket penghantaran barang dan menyamar polis menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pada pukul 2.08 petang, 21 Februari lalu, mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengaku pekerja syarikat penghantaran dari Kuantan, Pahang.

Beliau berkata, suspek memaklumkan mangsa menghantar barang ke Kuantan dan mendapati di dalamnya terdapat tiga kad pengenalan, pasport dan kad bank.

“Mangsa memberitahu dia tidak pernah membuat pengeposan atau penghantaran barang tersebut ke Kuantan, Pahang.

“Pada hari sama, kira-kira pukul 2.13 petang, mangsa menerima panggilan daripada lelaki yang mengaku pekerja syarikat penghantaran di Kuantan.

“Suspek kemudian menyambungkan panggilan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang. Suspek menyatakan dia sudah membuat laporan polis dan meminta mangsa menyemak semula laporan tersebut melalui WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Yusri berkata, sejurus selepas itu, mangsa menerima panggilan video dan bercakap dengan lelaki dikenali Inspektor Chong.

“Suspek beritahu mangsa terbabit kes pengubahan wang haram. Mangsa menafikan perkara itu sebelum diminta berhubung dengan Datuk Yong kononnya dari IPK Pahang.

“Seterusnya mangsa diarahkan memasukkan kesemua wang simpanannya ke dalam akaun bank yang diberikan bagi tujuan siasatan. Jika gagal berbuat demikian, kesemua itu akan dibekukan,” katanya.

Oleh kerana ketakutan dan cemas, mangsa melakukan sebanyak 20 kali transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun membabitkan jumlah keseluruhan RM181,650.

“Setelah sedar dan mengesyaki dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI