fbpx

‘Ketepikan ego, beralah demi anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air mata Fizi akhirnya menemui titik tamat apabila dapat bertemu dengan anaknya, Ameena.

BELUM sejuk isu berebut anak antara penyanyi Noh Salleh dan Mizz Nina, perhatian khalayak beralih pula kepada kes membabitkan penyampai radio Fizi Ali dan bekas isteri, Shakilla Khoriri yang turut bergelut dengan isu sama.

Mana tidaknya, masing-masing kental dengan hujah tersendiri siapa layak menjaga puteri tunggal mereka, Nur Ameena Sofia yang kemudian dibawa ke muka pengadilan demi mencari solusi.

Barangkali, enggan melihat episod derita itu berpanjangan yang bakal memberi kesan kepada anak kesayangannya, Shakilla akhirnya lembut hati berkongsi hak penjagaan.

Mental anak

Pemilik nama lengkap Nurul Shakilla Mohd. Khoriri itu memberi keizinan kepada bekas suaminya bertemu dan membawa anak mereka tinggal bersama selama empat hari setelah hampir tiga bulan tidak berjumpa.

“Saya sebagai seorang ibu memang beri sahaja Fizi ambil. Lagi cepat dia ambil pun tidak mengapa. Saya pun tidak mahu lebih ramai yang terkesan dengan keadaan ini,” katanya selepas sebutan pertama kes tuntutan hadhanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, baru-baru ini.

Ujarnya, memberi keizinan kepada Fizi untuk bertemu dengan Ameena juga adalah bagi memastikan kesihatan mental anaknya sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Kalau ikutkan hari ini saya nak bawa Ameena jumpa dengan bapanya, namun keadaan ini tidak bersesuaian dan kurang bagus untuk dia yang sangat muda dan baru berusia lima tahun. Dia tak perlu tengok keadaan ini.

“Saya buat ini untuk menjaga kesihatan mental Ameena sebab saya tak mahu dia terkesan dengan keadaan yang berlaku disebabkan kesalahan ibu dan ayahnya sendiri.

“Apa yang boleh saya cakap keputusan ini adalah demi anak saya. Sekarang saya tak kisah orang lain,” katanya lagi.

Shakilla bersama anak tersayang, Ameena yang kini berusia 5 tahun dan mula mula mengerti apa itu erti kehidupan sebenar.

Dengan keputusan tersebut, Fizi yang sudah sekian lama menahan rindu menitiskan air mata kegembiraan yang dianggap sebagai kemenangan buat dirinya.

“Untuk permulaan kes saya ini dan dapat jumpa dengan Ameena adalah satu kemenangan.

“Alhamdulillah. Satu sahaja yang saya tekankan ialah Ameena memang perlukan kasih sayang kedua-dua ibu dan bapa. Takut lama sangat tak jumpa, dia lupa siapa bapanya,” katanya lagi.

Turut bergembira dengan khabar tersebut, netizen seperti bersorak dan bertepuk tangan apabila ‘drama’ air mata ini akhirnya menemui garis penamat.

Itulah sepatutnya dilakukan kebanyakan pasangan suami isteri yang bercerai, sebenci mana pun pada pasangan, tetaplah ingat anak-anak perlukan kasih sayang orang tuanya.

Jangan kerana mengikutkan amarah, anak menjadi mangsa ego ibu bapa yang pada akhirnya punah binasa kehidupan si cahaya mata.

Krisis bermula apabila di pihak Fizi pada awalnya meluahkan perasaan kesal apabila tidak dapat berjumpa Ameena pada hari graduasi prasekolah kanak-kanak itu di Cyberjaya, tiga bulan lalu.

Ketika isu terbabit hangat, Shakilla pula memilih diam seribu bahasa bagaikan tidak mempedulikan keadaaan si bapa yang sudah ‘kempunan’ melihat wajah puterinya meskipun sudah berbahagia bersama isteri baharunya.

Sentiasa terbuka

Namun, selepas itu secara tiba-tiba Shakilla menegaskan bahawa pintu rumahnya sentiasa terbuka buat Fizi untuk bertemu puteri tunggal mereka.

Shakilla akhirnya memberi kebenaran buat bekas suaminya, Fizi Ali untuk bertemu dengan Ameena yang sudah lama merindui anak tunggal mereka itu.

Ujar aktres tersebut, dia tiada niat menjauhkan bekas suami dengan Ameena, selain memohon lelaki terbabit berhubung secara baik demi kebaikan anak.

“Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian daripada hidup Ameena. Kami sentiasa tunggu panggilan video dan mesej awak untuk berjumpa.

“Awak tidak mencari Ameena, jadi berhenti cakap saya larikan anak awak. Tolong berkomunikasi dengan saya secara baik dan tenang. Kita boleh lakukan,” katanya.

Begitupun, pemilik nama lengkap Mohd. Hafizudin Alimudin itu menegaskan dirinya masih waras apabila dia enggan mengeruhkan keadaan dengan pergi ke rumah bekas isterinya kerana masih menghormati undang-undang.

“Saya sangat-sangat rindukan anak saya. Berbulan saya tak jumpa dia. Berbulan saya tak jumpa anak saya,” luahnya sebak ketika ditemui media, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI