fbpx

Kerajaan batal ujian polis, kertas soalan bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siasatan mengenai kes tersebut akan dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas (STF). - Unsplash

NEW DELHI, India – Kerajaan negeri Uttar Pradesh membatalkan peperiksaan pengambilan anggota polis baharu yang diadakan baru-baru ini selepas timbul dakwaan bahawa kertas soalan telah dibocorkan.

Laman berita Wion News melaporkan, kerajaan Uttar Pradesh juga mengarahkan semua calon supaya menduduki semula ujian tersebut dalam tempoh enam bulan sementara siasatan dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas (STF).

Lebih 4.8 juta calon hadir dalam peperiksaan yang diadakan di seluruh negeri Uttar Pradesh pada 17 dan 18 Februari lalu.

“Kita tidak boleh berkompromi untuk menjaga kualiti peperiksaan. Mereka yang mempermainkan kerja keras golongan muda tidak akan terlepas. 

“Tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang terlibat,” kata Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam satu hantaran dalam aplikasi X.

Lebih 240 individu telah ditahan polis di seluruh negeri Uttar Pradesh kerana didakwa menggunakan atau merancang untuk menggunakan cara yang tidak adil dalam peperiksaan tersebut.

Jabatan Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, peperiksaan baharu akan diadakan dalam tempoh enam bulan, manakala bas-bas milik Perbadanan Pengangkutan Jalan Negeri Uttar Pradesh (UPSRTC) akan mengantar calon yang kayak ke pusat itu secara percuma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI