fbpx

Isu nilai ringgit diatasi seiring prestasi pelaburan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) bergambar dengan wanita Pewaris selepas Majlis Perasmian Program Penggerak Wanita RISDA (PEWARIS) di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

CYBERJAYA – Isu kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga barangan yang dihadapi negara ketika ini dapat diatasi dalam masa terdekat seiring prestasi pelaburan tertinggi diraih negara tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, prestasi pelaburan itu bukan sahaja membuka lebih banyak peluang pekerjaaan, sebaliknya mampu mengukuhkan kembali nilai matawang negara.

Beliau berkata, tahun 2024 adalah tempoh kritikal bagi Kerajaan Madani terutama dalam menangani isu rakyat, perundangan dan kejatuhan nilai ringgit.

“Kita mahu pada tahun ini dan seterusnya Kerajaan Madani harus tangani isu rakyat dengan sebaik-baiknya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penggerak Wanita Risda (Pewaris) di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Madani juga perlu meneroka dan menggerakkan usaha baharu ekonomi sesuai dengan nilai jumlah pelaburan diluluskan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Media sebelum ini melaporkan, Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada tahun lalu iaitu me­ningkat 23 peratus berbanding tahun 2022 sekali gus menyaksikan jumlah itu adalah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI