fbpx

Hujan lebat tertumpu sekitar Pantai Timur hingga ke malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada petang ini melaporkan hujan sedang berlaku di beberapa tempat pada petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, hujan kini turun di beberapa tempat melibatkan negeri Perak, pedalaman Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga di Klang, Selangor.

“Keadaan cuaca ini dijangka boleh beransur reda menjelang ke awal malam nanti.

“Manakala bagi Malaysia timur pula, hujan dan ribut petir kini sedang berlaku di beberapa tempat melibatkan bahagian selatan serta pedalaman negeri Sarawak dan keadaan cuaca ini dijangka boleh berlarutan hingga lewat malam nanti,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu bagi ramalan cuaca lewat malam nanti pula dilaporkan di Semenanjung Malaysia hujan dan ribut petir dijangka boleh berlaku di beberapa tempat iaitu di Pulau Pinang serta di kawasan Pantai di negeri Pahang serta timur Johor.

“Namun menjelas ke awalpagi nanti, hujan dan ribut petir dijangkakan lebih tertumpu di kawasan persisiran pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor.

“Bagi Malaysia timur pula hujan dan ribut petir dijangkakan lebih tertumpu di bahagian selatan pedalaman serta utara negeri Sarawak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI