fbpx

Harga padi dimuktamad 20 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ketika berucap ketika merasmikan penutupan program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini. - AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberikan tempoh sehingga 20 Mac ini bagi memuktamadkan isu berkaitan harga padi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat secara umumnya mahu harga beras turun atau terkawal bagi mengimbangi kos sara hidup mereka.

Menurutnya, pesawah padi pula mahu supaya hasil mereka dinilai kerana beras adalah sekuriti makanan.

“Naik (harga beras) beban kepada pengguna, tidak naik (harga padi) beban kepada pesawah. Bagaimana hendak imbangi kedua-duanya. Pesawah padi antara kelompok yang miskin di dalam negara.

“Kalau semua tak nak tanam padi, tukar lain untuk pendapatan yang lebih (maka) negara menghadapi risiko keselamatan.

“Jadi keselamatan makanan bergantung kepada pesawah padi,” katanya ketika berucap menutup program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini hari ini.

Anwar turut berharap masyarakat negara ini supaya bersabar sehingga proses mengenainya dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Saya sendiri sudah bercakap dengan pengurusan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dalam mesyuarat NACCOL baru-baru ini supaya mencari jalan berhubung pengimportan beras dan juga pengeluaran tempatan dinaikkan (selain agar) tiada masalah,” tegasnya.

Ketika sesi dialog pada majlis tersebut, beliau mencadangkan agar tumpuan diberikan kepada pengeluaran pertanian di bandar bagi mengatasi masalah miskin bandar dengan pelaksanaannya melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan semua agensi berkaitan pertanian.

“Jadi, saya berharap dalam tempoh satu bulan bermula hari ini ada program yang kita perkenalkan oleh kementerian berkaitan tentang satu anjakan kepada pengeluaran hasil pertanian.

“Semua menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah mengambil pertanian supaya ada peruntukan tambahan khas dalam bidang ini untuk meningkatkan produktiviti pertanian dalam bandar,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI