fbpx

Bahasa Arab Neelofa, Bilal dipuji ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa bersama anak kesayangannya, Bilal.

SEBIJI macam orang Arab! Itu antara pujian daripada pengikut selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa hinggakan ada orang dari negara Arab sendiri yang kata begitu.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Neelofa dalam Instagram miliknya, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu bertutur dalam bahasa Arab ketika memperkenalkan sebuah produk makanan berasaskan daging kambing.

Dalam hantaran tersebut, Neelofa yang anggun mengenakan jubah hitam turut ditemani anak sulungnya yang comel iaitu Bilal serta suami.

Sebelum memulakan sesi memasak, Neelofa turut membaca surah al-Fatihah sebagai pembuka dan disambut Bilal pada setiap penghujung ayat.

Antara komen diterima Neelofa daripada orang Arab sendiri yang memuji penguasaan bahasa Arabnya.

Walaupun masih lagi belajar, sebutan bahasa Arab Neelofa dipuji oleh pengikutnya yang arif dengan bahasa al-Quran itu apabila setiap patah perkataan yang disebut itu tepat.

“Saya sangat gembira mendengar kamu bertutur dalam bahasa Arab. Saya peminat kamu dari negara Arab,” ujar seorang pengikutnya.

“Bacaan al-Fatihah kamu cantik Lofa. Sebutan huruf-hurufnya tepat,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Masya-Allah. Sebutan bahasa Arab kamu sangat tepat. Saya beri markah penuh,” kata seorang peminatnya.

Neelofa bila cakap ‘mat salih’ memang tidak perlu diragukan lagi. Sekarang ini nampaknya dia sedang berusaha pula untuk menguasai bahasa Arab. Diva pun tumpang seronok mendengarnya.

DIVA: Tak sabar nak tengok hasil filem arahan pengarah Pierre Andre, Jangan Pandang Belakang 2 selepas lama menghilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI