fbpx

Terengganu cadang teroka REE bersama pelabur Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (kanan) beramah-mesra bersama salah seorang peniaga Pasar Besar Jertih, Besut hari ini.

BESUT – Kerajaan Negeri Terengganu berhasrat menjalin kerjasama dengan pelabur Korea Selatan untuk memajukan industri berkaitan mineral unsur nadir bumi (REE) di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerjasama itu sedang diperhalusi dengan beberapa perbincangan serius dengan pihak pelabur sedang berlangsung.

“Kita melihat sektor REE terbabit berpontensi untuk dibangunkan dan saya akan ke Korea Selatan (tidak lama lagi) bagi membincangkan lebih lanjut (kerjasama pelaburan berkenaan).

“Insya-Allah jika tidak ada apa-apa aral kita berharap industri REE ini akan dibawa masuk ke Terengganu pada tahun ini juga,” katanya selepas merasmikan Pasar Besar Jertih di sini hari ini.

Kajian mendapati Terengganu mempunyai kira-kira, simpanan 7,187,500 juta tan REE di kawasan selepas 581,735 hektar di daerah Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Terengganu telah menubuhkan Majlis Mineral REE sebagai platform pemudahcara urusan berkaitan dengan perlombongan dan pembangunan industri berkenaan pada 5 Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI