fbpx

Saintis temui fosil ‘naga Cina’ berusia 240 juta tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fosil reptilia itu dianggarkan berusia 240 juta tahun. - Muzium Negara Scotland

EDINBURGH, Scotland – Sepasukan saintis dari Scotland menemui fosil reptilia digelar sebagai ‘naga Cina’ yang hidup di dalam air sekitar 240 juta tahun lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Gelaran tersebut diberikan kerana bentuk tubuhnya panjang seperti ular dan fosil tersebut ditemui di China.

Walaupun rangka reptilia itu ditemui dalam keadaan bergulung, saintis menganggarkan bahawa panjang badannya adalah sehingga 5 meter.

Tulang yang masih terpulihara juga ditemui di kawasan perut reptilia itu, sekali gus menunjukkan bahawa ia adalah spesies pemangsa akuatik.

Reptilia dengan nama saintifik Dinocephalosaurus orientalis itu mempunyai leher yang panjang. Saintis menemui 32 tulang vertebra leher pada haiwan itu.

Penjaga bahagian sains semula jadi di Muzium Negara Scotland, Nick Fraser berkata, spesimen itu adalah haiwan yang sangat aneh.

Sebagai perbandingan, kebanyakan mamalia hanya mempunyai tujuh tulang vertebra leher manakala dinosaur brachiosaurus berleher panjang hanya mempunyai 13 tulang vertebra. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI