fbpx

Pergaduhan adik beradik: Bunyi letupan bukan dari senjata tapi mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian pergaduan melibatkan adik beradik di hadapan sebuah premis di Jalan Matang / Batu Kawah pada Khamis lalu.

PADAWAN – Bunyi letupan yang kedengaran semasa pergaduhan melibatkan adik beradik di hadapan sebuah premis di Jalan Matang / Batu Kawah pada Khamis lalu adalah bukan bunyi letupan senjata api tetapi bunyi mercun.

Justeru, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta sebenar kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam dan mengganggu siasatan polis.

“Dalam kejadian itu, masih ramai netizen yang beranggapan bahawa bunyi letupan dalam video yang tular adalah bunyi letupan senjata.

“Siasatan yang dijalankan serta keterangan saksi mengesahkan bunyi meletup tersebut adalah bunyi mercun yang dibakar oleh pihak sebelah yang terlibat dalam pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Abang Zainal berkata pada Khamis lalu, pihaknya mengesan satu video yang tular di Facebook memaparkan insiden pergaduhan berkenaan.

Selepas itu, beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 30-an pada pukul 10.06 malam yang sama, menyatakan pergaduhan itu adalah antara adik beradik yang turut disertai oleh rakan masing-masing.

“Pengadu hanya mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh semasa melarikan diri dan telah dirawat sebagai pesakit luar di sebuah pusat perubayan swasta,” katanya.

Susulan itu, Abang Zainal berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa orang suspek dan melancarkan Op Cantas bagi menangkap semua mereka yang terlibat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI