fbpx

Padang SNBJ: PSM lantik pakar elak ‘tragedi’ berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSM sebelum ini dikritik hebat kerana gagal selenggara padang SNBJ dengan baik selepas berakhirnya konsert Coldplay tahun lalu. - Gambar hiasan

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah proaktif agar ‘memori hitam’ tidak berulang apabila melantik tenaga pakar, Labosport untuk memastikan keadaan padang  Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada dalam keadaan baik meskipun konsert Ed Sheeran berlangsung malam ini.

Menurut PSM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memindahkan rumput seluas 1,900 meter persegi bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema “world tour” Ed Sheeran.

“Rumput yang dipindahkan kini diberi jagaan intensif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum.

“Selain itu, PSM bersedia untuk menggunakan rumput dari tapak semaian, sekiranya perlu.Tapak semaian sedia ada mempunyai keluasan rumput melebihi 2,000 meter persegi untuk menampung keperluan padang SNBJ.

“Kerja-kerja membongkar peralatan daripada konsert akan dimulakan sejurus selepas konsert berakhir dan kerja di padang akan bermula dengan segera selepas itu,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, status padang SNBJ menjadi tanda tanya sama ada siap untuk digunakan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 227 melibatkan Malaysia menentang Oman pada 26 Mac depan.

Sebagai rekod, PSM telah dikritik hebat ekoran gagal memastikan keadaan padang dalam keadaan terbaik pada final Piala Malaysia 2023 yang lepas setelah konsert Coldplay dilangsungkan pada 22 November lalu.

Difahamkan, ‘props’ konsert itu diletakkan di bahagian tengah padang seperti video dan gambar yang telah tular di laman media sosial sejak beberapa hari lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI