fbpx

Mayat wanita ditemukan terapung dalam lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa mayat seorang wanita yang ditemukan terapung di tepi lombong di Bandar Lahat Mines, Ipoh hari ini.-IHSAN JBPM

IPOH – Mayat seorang wanita ditemukan terapung di tepi lombong di Bandar Lahat Mines di sini hari ini.

Difahamkan, mayat wanita dianggarkan berusia 22 tahun itu dijumpai orang awam yang sedang berjoging di kawasan rekreasi itu sebelum membuat laporan kepada polis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 10.20 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati terdapat mayat wanita yang masih lengkap berpakaian bersama kad pengenalan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 11.24 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI