fbpx

Lelaki ceroboh rumah tumpangan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang warga asing yang mengalami masalah mental ditahan polis selepas menceroboh sebuah rumah tumpangan di Kampung Perwira Jaya, Ampang Hilir, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian itu dimaklumkan kira-kira pukul 1 tengah hari oleh bapa saudara kepada pemilik rumah tumpangan berkenaan.

“Pemilik rumah tersebut, seorang wanita berusia 26 tahun kemudian pergi ke rumah tumpangan terbabit sebelum mendapati suspek berwarga Nepal berada di ruang tamu rumah itu.

“Dia kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. Sebaik polis tiba, lelaki terbabit ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azam berkata, suspek juga gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri sebelum dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 27 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI