fbpx

Lebih 200,000 rakyat dapat manfaat Jualan Madani Koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kiri) dan Tuanku Dr. Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan replika cek Pembiayaan Modal Berjangka kepada usahawan di Pasar Tani Kekal Simpang Empat, dekat Kangar, hari ini.

KANGAR – Jualan Madani Koperasi oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) sejak tahun lalu memberi manfaat penjimatan kos sara hidup kepada lebih 200,000 rakyat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, sebanyak 131 siri jualan itu telah diadakan di seluruh negara sepanjang tahun lalu sehingga kini.

“Kuskop melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta usahawan yang bernaung di bawah agensi melaksanakan Jualan Madani Koperasi termasuk jualan usahawan bagi membantu kerajaan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Jualan itu menawarkan barangan keperluan asas harian pada harga diskaun sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran,” katanya ketika berucap pada Perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani Kuskop di Pasar Tani Kekal Simpang Empat, dekat sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan perasmian karnival tersebut dan berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut Ewon, lebih RM4.1 juta telah disediakan pada jualan berkenaan melalui insentif harga di bawah Kuskop dan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd) SKM.

“Selain memberi manfaat penjimatan kos sara hidup kepada lebih 200,000 rakyat, inisiatif itu turut memberi manfaat perkembangan perniagaan kepada lebih 221 koperasi dan usahawan,” ujarnya.

Beliau berkata, kementerian merancang untuk melaksanakan jualan tersebut dalam jumlah siri sama pada tahun ini kerana rakyat masih berhadapan dengan isu kos sara hidup.

“Dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada semalam, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mahu kementerian terlibat terus melaksanakan program jualan Madani dan Jualan Rahmah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI